Rabu, 7 Januari 2015

Sejarah Penubuhan Koperasi

Koperasi Wanita Bistari Pantai Sepang Putra (KWBPSP) telah didaftarkan pada 2010 dialamat:

No 7, Jalan Perling 2,
Pantai Sepang Putra,
43950 Sg Pelek, Sepang
Selangor Darul Ehsan.

Tujuan penubuhan adalah untuk menambah pendapatan ahli-ahlinya.
Keahlian adalah terbuka kepada penduduk dikawasan Sepang dan sempadannya serta yang memiliki rumah di kawasan ini. Sehingga kini korperasi telah memiliki 90 orang ahli dan keahlian masih dibuka kepada orang ramai yang tinggal dikawasan ini.

Melalui kerjasama dengan Bank Kerjasama Rakyat, KWBPSP telah menjadi wakil khidmat bank dalam mempromosikan produk-produk pembiayaan dan perkhidmatan bank seperti pinjaman mikro untuk ahli-ahli korporasi yang menjalankan perniagaan. Bank juga telah membiayai kursus motivasi dan kewangan untuk ahli-ahli korporasi.

Korperasi juga telah berjaya mendapatkan sebuah gerai di Medan Selera Sg Pelek, Sepang dan diamanahkan kepada 2 orang ahli korporasi untuk menjalankan kedai serbanika. Untuk tahun ini, korperasi bercadang akan cuba mendapatkan sebuah lagi gerai untuk ahli yang ingin menjalankan perniagaan.

Tahun ini juga, korperasi akan mengembangkan sayapnya untuk bekerjasama dengan syarikat pelancungan bagi menambah pendapatannya.